Selamat Datang Ke Blog The Sufiey Legend

Friday 17 November 2017

Pengembaraan 4 lengchai ke china

4 Lengchai Tawan Shenzhen & Ghongzhou

Alhamdulillah pada tanggal 17 November 2017 bermulalah pengembaraan kami berempat ke Shenzhen, China. Pada permulaan rancangan kami adalah shenzen ke Hong - Kong. Setelah perancangan dibuat sebulan sebelum termasuklah pengurusan pembaharuan passport, pengurusan visa serahkan kepada agen. Sehari sebelum bertolak ke Hong - Kong Agen memaklumkan kepada kami disebabkan kesilapan dia kami tidak dapat ke hong-kong kerana visa yang di buat single entry. Sudah terlewat untuk kami buat semula esok jam 10.25 p.m dah nak bertolak so terpaksalah carry on juga... Harap Coretan dan pengalaman yang kami lalui boleh dijadikan rujukan untuk korang semua, mana tahu korang akan pergi..


Route kami adalah Langkawi -Shenzhen – Guangzhou-Shenzhen -Langkawi. 
7 DAYS only..

FLIGHT TICKET (return) & LUGGAGE 20 kg(2 way) – RM474

AirAsia open tiket murah ambik sajalah kalau ikut pergi balik baru RM 306 kami tambah meal dengan luggage skali takut juga kot bawa balik terlebih barang haha..

VISA – RM165 (single entry)

- Untuk Visa gambar 2 keping
-Original passport
-Inetary tiket flight

kami buat dekat agen je dok langkawi malas nak keluaq..

Makanan - makanan segera

kami bawa makanan ini untuk mengisi perut kerana sukar juga untuk mencari restauran halal..
seperti :- meggi
               minuman 3 in 1
               biskut2 
               Roti dan lain2

Contoh duit matawang RMB Or China Yuan

Tengah bersabar menunggu flight AK 1712 dengan tekun sekali

Hari Pertama dari Langkawi ke shenzhen pada jam 10.25 pm

Tibai makanan yang disediakan dalam pakej luggage air asia tu pasta arabiatta boleh tahan sodap juga..

inilah admin blog niee rasa macam nak tdo ja lepas makan disebabkan atas flight ada wifi ROKKI kena bayaq 8 inggit hentam jelah beda wasap yang tersayang maklumlah pi bujang...haha

Geng2 admin semuanya kaki-kaki novel salah satunya roomate admin dengan berlinangan air mata membaca novel diari rogayah 


Pada Jam 02.35 a.m tibanya di Airport Bo'an Shenzhen mujurlah bertemu dengan pemuda yang sama flight dengan kami di shenzhen beliau datang untuk membeli aksesori telefon untuk perniagaan beliau di shenzhen. dari pengalaman beliau berhati-hati dengan prebet sapu di kawasan airport itu mereka mengatakan mereka teksi dan membawa ketempat yang ditujui akhirnya kena semelih la..kalau kapak 200 yuan bleh tahan gi ni sampai semelih 1+++ yuan haha.. so kami buat keputusan sehingga metro shenzhen iaitu Train  Buka,

inilah token yang digunakan untuk menaiki metro shenzhen. 1st tu puas juga lah kami bertanya kebanyakan penduduk shenzen tidak pandai berbahasa english tpi dia tetap terangkan juga dekat kami dlm bahasa cina umpama ayam ngan itiklah jadinya. Di China aplikasi whatsapp, google map, playstore, facebook, xleh digunakan sama mcm pejabat2 kerajaan dimalaysia depa block habis mmg sukar untuk mencari mujurlah my roomate telah print kedudukan hotel dari airport bo'an ke hotel kami yang berada di Gushu..kami dari air perlua ambil line 11 ke qianhaiwan dan tukar train untuk ke Ghusu. Map Shenzhen Metro..

muka kegembiraan Ustaz Ridzuan terserlah berjaya mencari jalan ke Hotel

Tibanya Di huadingsheng Hotel, muka mengantuk yaamat. mujurlah boleh check in awal pkul 9.00 a.m dan rest dlu... setelah check in rest pa dlu kami mencari kedai yang menjual tourist sim card malangnya xda dikawasan situ... kebanyakan kedai di shenzhen ini xpandai ckp omputih jem betoi la.. dekat hotel pun just boleh pakai wechat jelah.. engine search yang boleh yahoo dengan bing sahaja..

Akhirnya kami jumpa kedai makan nama apa entah yang penting halalan toiyiban dilorong-lorong bertentangan hotel tersebut jam 12.30 am.. apa lagi melantaklah paham2 sajalah pagi tadi tibai meggi ja..masyarakat di china makan x minum air apabila kami pandang disekeliling kami kalu makan nasi depa akan hirup sup.. jangan mimpilah nk teh o ais no air tin berkabonat dlm peti sejuk ada..

tak lengkap depa kata kalu mai shenzhen x mai sini Window of the World.. disebabkan majoriti x nak masuk kami bergambar di luar sajalah banyak keajaiban dunia terdapat disini


Pusing- pusing pekan Gushu survey apa yang menarik...

Pergerakan kami keesokan harinya ke "Raiway station North Shenzhen.. memang sangat sukar untuk kami mencari tempat jual tiket ke Guangzhou kerana semua ditulis dalam kantonis.. jemmm meraba-raba cari org yang boleh speaking, polis yang menjaga kawasan situ pun tidak boleh bertutur dalam english... akhirnya jumpa negro dan tanya dia memaklumkan pembelian tiket boleh dibuat di gate 1..beraturlah kami di kaunter 3 bila sampai sahaja turn kami buka hset tunjuk google translate bm to chinese tradisonal peyin kot... haha lepas tu dia terang kepada kami dalam bahasa kantonis mujur pelanggan sebaris dengan kami boleh speaking memaklumkan tiket habis jemmm betoi... last jumpa prebet sapu untuk pergi ke stesyen metro south Ghongzhou sekepala 100 RMB jalan lah dengan menaiki van sampi berimpit2 janji sampi...haha kalau anda nak dari shenzhen nak ke gongzhou pergilah ke Louhu disitu mudah majoriti boleh speaking penujuk arah pun ada dalam english..dan akhirnya sampailah kami ke Raiway station South Gongzhou dlm 10 minit hotel ke Hotel Tie cheng.

Suasana dalam prebet sapu yang kami naik dari North Shenzhen ke South Guangzhou mmg mencabar dia bawa laju maybe ligan trip kot..haha

sampainya di hotel terus selpie haha Tie Cheng Hotel memang murah 304.47 Yuan sahaja dalam RM190 ada peti sejuk mesin basuh 2 tingkat plak tu...tpi persekitarannya tiada apa2 yang menarik.. cuaca disini 12 °C meme sejuk dok biasa 27 °C haha...

Setelah habis makan meggi layan movie pas semua kami terus ke Guangzhou Metro tokennya sama juga dengan Shenzhen Metro. Map Guangzhou Metro..

Tempat yang kami tujui ialah beijing luu, selpie dlu dekat train depa haha... train depa mmg jauh beza dengan kl central kita kadang setengah jam tunggu, train depa 3 minit sahaja sampai...majoriti di Guangzhou mereka banyak menggunakan Train sentiasa penuh 

 Sesampinya di beijing luu apa lagi pakat bergambar la...haha dan seterusnya kawan membeli simcard china Unicorn dengan harga 100 Yuan kredit dalamnya ada 74 Yuan so harga Sim sahaja dlm 26 Yuan jelah... nasib admin roaming ja Digi RM 25 3hari Data 2gb..kalau bli simcard china pun tetap x boleh whatsapp dengan FB kalu nak guna juga hack vpn pakai je software yang ada contohnya betternet. kalu roaming xda masalah.. semuanya boleh..

Pintu masuk Kemakam Saad Abi Waqas tetapi x dibenarkan dalam proses penambahbaikan..;
Tempat yang kami tujui adalah Masjid Saad Abi Waqas yang terletak di tengah-tengah pekan guangzhou. Saad Abi Waqas merupakan orang pertama yang menyebarkan islam di China suatu ketika dahulu.

Tudia Ustaz Ridzuan merangkap Jurutranslate bahasa arab kami... admin pun baru tahu lazeez je sedap haha...

Setelah seharian berjalan barulah kami jumpa restauran the meanleaf boleh tahan juga harganya.. nasi goreng, kepak ayam 4, masak apa entah cendawan dengan air jus 326 Yuan.. yang tak tahan dekat sana tips masuk juga dalam resit sekepala 5 Yuan...haha

Keesokan pergerakan kami ke Sunny Apartment Of Grand Continental puas juga cari last2 jumpa dalam bangunan nie kaunter dia dok tingkat 18 no haii, nasib lift depa mmg laju sekejap sahaja bilik kami tingkat 30...haha disini kami duduk 2 malam... harga semlm dalam 326.51  Yuan sahaja..kami survey no nie disebabkan kedai makan halal disebelah bangunan hotel ini sahaja..

Disebelah hotel ini ada sebuah kedai makan halal dan harganya berpatutan... mmg mabeless la.

penggunaan wechat di china adalah meluas untuk membuat sesuatu pembayaran bkn sahaja Ali Pay termasuklah aplikasi wechat termasuklah sewa basikal kuning nie pakai wechat begitu mudahnya xperlu bawa cash...

inilah onelink plaza dimana kami shoping cenderamata, dron, eksesori hpone, beg dan banyak lagi kita boleh tawar dlm 1/2 dari harga dia letak itu, ayat sikit you lenglui dan2 haha..tetapi berhati2 sekiranya ada yang mai offer nak jual hpone secara individu dia akan bagi kita tgok yang original bila kita beli dia bagi yang display punya dia koyak plastik bagitau yang dia bagi tu yang baru... ciss bedebah..

Acara tawar menawar dilakukan sehingga puas hati salah satu lot kedai di dalam bangunan onelink plaza..

Sekiranya anda terlalu taksub membeli belah sehingga kehabisan wang boleh buat penukaran dia ABC Bank warna Hijau tu dan sekiranya kad ATM korang dah aktif Plus boleh terus draw ja disitu.. semuanya mudah hehe

Lokasi seterusnya Restoran di depan salah satu masjid tertua didunia iaitu masjid Huaisheng..Banyak restoran halal depan masjid ini.. owner masjid ini berketurun Uighur memang sedap sehinggakan antara salah sorang daripada kami makan secara perlahan takut habis cepat..hehe

alang-alang dah masuk waktu kami solat berjemaah di Masjid Huaisheng. airnya mmg sejuk macam kita dok dekat cameron highland..

Yima Plaza Tempat shopping  Whosaler/Retail sapa2 yang nak buat bisness dekat malaysia boleh la.. Satu lagi tempat menarik dan murah iaitu Bima Market kebanyakan pakaian wanita, mmg banyak korang boleh tawar sehingga 1/2 harga yang mereka letak tersebut.

Lokasi seterusnya pi nak tanya tiket untuk ke Shenzhen esok di Raiway Station Guangzhou sekali penuh la.. planning nak bli siap2 nak try naik juga bullet train.. last kami batalkan hajat dan berjalan ke Yuxie Park.

Setelah seharian penat berjalan apa lagi massage lah.. mmg sedap massage bkn pompuan massage laki mcm pusat reflax disini.. harganya pun murah dalam 60 Yuan untuk Pakej Body Massage, siap kikis tapak kaki yang pecah lagi.. paling best dia bagi buah siku mmg sedap..

 Disebabkan kawan kami yang 2 org lagi out meta so kami meneruskan perjalanan kami ke Destinasi seterusnya Canton Tower. Dulu Guangzhou dikenali sebagai Canton.. memang best pergi naik train balik kami jalan kaki sekerat jalan.. bagi yang suka berjalan kaki jaran jauh boleh la kerana disini lorong untuk basikal dan pejalan kaki disediakan.. terbaik siot malam yang tidak sunyi dihiasi lampu LED menceriakan lagi suasana Canton Tower.. disini juga terdapat River Cruise dengan hanya 200 Yuan sahaja..

Metro Guangzhou Map Lokasi kami dari Beijing Luu nak ke Canton Tower 4 Train kena Tukar.. Fare baru 3 Yuan Sahaja..

Keesokan harinya bergeraklah kami dari Beijing Luu ke East Raiway Station untuk ke Louhu Shenzhen kerana disini Mudah banyak kaunter dan ada penujuk arah dalam english majoriti keja kaunter pun boleh cakap english..Awas jangan hilangkan tiket tersebut nanti sampai Louhu nak kena touch gate tu untuk keluar..

Setelah Sampai ke Louhu Shenzhen, Kami menyimpan beg dalam Louhu station tersebut Harganya dalam 10 Yuan untuk satu beg boleh simpan sampai pkul 11 p.m sahaja..dan seterusnya kami ke Lowucity lebih kurang Eon Big la plaza dia barang murah beg swiss gear kita hanya tanya harga daripada 180 Yuan last Tinggal 80 Yuan.. Ada sampai tingkat 4 jenuh pilih, barang elektrik, pakaian, aksesori lain dan macam2 lagi..Tepuk dada Ushar wallet..haha

Salah satu beg tangan kalu isteri jenis tak kisah pilih ja yang mana kenan.. tpi kalu jenis serba tak kena xyah bli langsung pun x apa...haha

Lokasi seterusnya adalah Masjid Terbesar di Shenzhen, Singgah Check Duit dekat Bank dulu mana tau ada orang silap Bank in maklumlah esok baru gaji..

Terdapat Mural pada dinding selpie dlu dalam perjalanan ke Masjid Shenzhen..

Akhirnya sampailah kami ke Masjid Shenzhen iaitu masjid terbesar di Shenzhen.. Alang2 dah nak masuk waktu asar kami solat jemaah bersama penduduk setempat disitu.. tempat mengambil wuduk masjid ini agak jauh manakala tempat solat di tingkat 2.. mudah sahaja nak sampi ke Masjid ini korang boleh terus ambil ke Station mailing tidak jauh dari situ..Disitu Ada seorang jemaah yang bersungguh-sungguh mahu belajar bahasa arab dari ustaz rizduan..

Setelah selesai solat apalagi makan sajalah restoran yang di cadangkan oleh jemaah yang ingin belajar bahasa arab tadi. kebabnya memang sedap secucuk 5 Yuan sahaja siap tapau lagi xtahan siot..

Kami terus ke Louhu untuk mengambil beg yang disimpan tadi dan terus naik Metro Shenzhen ke Qianhaiwan dan tukar Train terus ke Airport Bo'an Shenzhen..

Muka keletihan habis punya tak sabar nak balik flight AK1713 pada jam 2.45 a.m kami sampai 20.40 p.m, semangat nak balik rindu anak bini dan ngidam teh o ais malaysia plak.. oleh kerana di Airport ini tiada surau disitulah kami solat.. persekitaran Airport ini sangat bersih sampai pkul 2 am still ada cleaner dok mencuci lagi... nak cari tong sampah agak sukar..last kami check in luggage pkul 1 am.. dalam pukul 1.45 am kami masuk cop imegresen China dan scan body mmg serius Polis disitu walaupun anggota tersebut wanita..maybe depa teliti sebab dulu China kalah peperangan disebabkan oleh Candu...hehe Jam 2.45 am kami berlepas ke langkawi mmg tido terus makanan yang disediakan oleh Air Asia pun tak makan punyalah letih.. sedaq jam 7 a.m sampai ke langkawi International Airport....

Bye kawan2 jumpa lagi...






I Love USM....